Jenayah

Remaja sanggup tipu ibu kerana gian pil kuda

KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 18 tahun yang sudah setahun terjebak dalam penagihan pil kuda, sanggup membeli secara sembunyi bahan terlarang itu untuk melepaskan gian.

Remaja terbabit berkata, dia mula diperkenalkan dengan pil kuda oleh rakan sekampungnya dan sanggup menipu ibunya dengan meminta belanja hanya untuk mendapatkan bekalan dadah tersebut.

“Memang saya seronok dalam dunia saya sendiri dan lupa segala-galanya, lagipun sebelum ini keluarga tidak tahu tetapi selepas ditahan dalam serbuan semalam (kelmarin), mereka serahkan saya kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk jalani rawatan pemulihan.

“Saya menyesal, tambahan pula saya mempunyai adik beradik yang ramai. Saya berazam tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi,” katanya.

Remaja terbabit, antara 20 penagih baharu daripada 37 orang ditahan dalam Ops Bersih AADK Kota Bharu di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Pegawainya, Mohd Rizaridzuan Othman berkata, dalam operasi itu, pihaknya memberi tumpuan kawasan sasaran yang sering menjadi lokasi penagil berkumpul, hasil aduan orang ramai.

Menurutnya, penagih baharu terbabit berusia antara 18 hingga 45 tahun dan akan dihantar ke Pusat rawatan Cure n Care, Jerantut, Pahang, dan selebihnya Orang Kena Pengawasan (OKP) yang melanggar syarat pengawasan.

“OKP ini akan diberi jaminan sementara sebelum menjalani pertuduhan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya di mahkamah.

“Operasi ini dibuat berterusan di kawasan dikenal pasti. Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi menyalurkan maklumat dan membantukami dalam usaha mengekang aktiviti penagihan di daerah ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");