Sukan Hari Ini

Respect Fighters uji peninju tempatan

RESPECT Fighters dengan kerjasama teknikal Kelab Muaythai Tok Merah Pintu Geng Kota Bharu serta sokongan dari Persatuan Boksing Negeri Kelantan menganjurkan Respect Fighters yang disertai peninju tempatan dan Thailand.

Kejohanan yang diadakan di pekarangan Tesco Kota Bharu Kelantan hari ini bakal menguji keberanian peninju tempatan yang akan beradu tenaga dengan peninju hebat dari Thailand.

Kebanyakan peninju adalah anak jati kelahiran Kelantan yang telah mempunyai nama besar dalam sukan muaythai di negara ini.

Selain itu, peninju tempatan yang akan berlawan ialah Ewan Big Boyz, Wadi Sri Payung, Kuang Kereta Kebal, Fahmi Tok Merah, Aiman Red Army, Zaki Anak Tok Ngulu, Raja Latip, Isma serta 24 lagi peninju lain yang bakal mempamerkan kehebatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");