Berita Hari Ini

RMK11 bukti P.Pinang tidak dianaktirikan

KUALA LUMPUR – Penyenaraian 10 projek baharu bernilai RM2.3 bilion bagi menaik taraf lebuh raya dan laluan sekitar Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bukti Kerajaan Persekutuan tidak mengenepikan negeri itu, persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, projek berkenaan termasuk lima projek naik taraf laluan untuk penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan laluan ke jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM1 bilion.

“Saya terkejut semalam dalam ucapan YB Bagan (Lim Guan Eng) sebut tiada langsung projek kepada Pulau Pinang dalam RMK11.

“Di manakah sikap anak tiri Kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang? Belah sana (pembangkang) memang panas bila kita kata kebenaran…saya dah maklumkan (projek) ni…kita tak mahu lagi Bagan dan rakan-rakan mengatakan perkara yang tidak wajar dan mengelirukan rakyat,” katanya merujuk dakwaan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa kerajaan pusat ‘menganak tirikan’ negeri itu ketika membahaskan RMK11 semalam.

Rosnah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ng Wei Aik (DAP-Tanjung) yang bertanya punca kesesakan lalu lintas di laluan menuju jambatan Pulau Pinang dan sama ada kerajaan bercadang untuk menyelaras bayaran tol di kedua-dua jambatan di negeri itu.

Menafikan kesesakan di laluan itu kerana pengguna mengelak membayar kadar tol yang tinggi di jambatan kedua, Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar sebaliknya menyatakan kesesakan adalah disebabkan pertambahan kenderaan dan pembangunan pesat di sekitar koridor berkenaan.

Dalam pada itu, Rosnah berkata, kerajaan kini sedang mempertimbang laluan alternatif yang baharu untuk mengurangkan impak kesesakan trafik selepas Plaza Tol Juru sehingga ke persimpandan bertingkat Seberang Jaya.

“Kementerian kini sedang dalam proses untuk melantik juru perunding bagi menjalankan kajian kemungkinan untuk membina laluan altenatif di laluan utama koridor utara.

Hasil kajian tersebut kelak akan digunakan oleh kerajaan bagi menentukan cadangan pembinaan jalan baharu sebagai laluan alternatif menghubungkan kawasan-kawasan di koridor utara,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");