Jenayah

Rumah berkembar hangus

TEMERLOH – Dua rumah papan berkembar yang dihuni satu keluarga pemastautin tetap dan ibu tunggal sejak lebih 20 tahun dahulu hangus dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Batu Satu kira-kira jam 9.45 pagi semalam.

Dalam kejadian tersebut mangsa, Mulis Ahmad, 50, bersama isteri yang baru menyewa salah sebuah rumah terbabit keluar bekerja dan hanya dimaklumkan tentang kebakaran tersebut oleh penduduk kampung beberapa minit selepas kejadian.

Menurut ibu tunggal Shamsidar Yassir, 56, yang merupakan salah seorang mangsa berkata, dia telah menyewa rumah kepunyaan Zalehar Mohamad seorang penduduk tempatan sejak lebih 20 tahun lalu.

Shamsidar yang masih terkejut memaklumkan semua dokumen peribadi miliknya hangus dalam kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnuddin Hussin yang mengetuai operasi itu berkata, bomba menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira jam 9.49 pagi dan tiba di lokasi kira-kira jam 9.54 pagi.

Menurutnya, api berjaya dikawal jam 10.20 pagi oleh dua pegawai bersama lapan anggota dan sebuah jentera yang dihantar ke tempat kejadian.

“Bomba menggunakan aliran air dari pili bomba dan jentera bagi memadam sepenuhnya kebakaran. Setakat ini tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dan punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batu Satu, Mohd Nasir Lani berkata, pihaknya sedang mengumpul segala maklumat berkaitan mangsa untuk urusan bantuan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");