Membawang Hari Ini

Sagittarius Band pertaruh muzik tersendiri

SEPULUH bergerak aktif dalam arena muzik underground tempatan sudah cukup membuatkan dua teman baik ini yakin untuk meluaskan lagi kebolehan dan bakat mereka.

Helfiastri Hossen, 32 (Ody) dan Abdul Rahim Lah, 31 (Boy) mula menggerakkan band Sagittarius menerusi aliran arus perdana berdua sejak awal tahun lalu.

Bagi melengkapkan lagi kekuatan Sagittarius, Mohamad Haris Mat Keri, 24 (Haris) dan Sharizal Md Zain, 33 (Ijal) ditampilkan sebagai anggota baharu.

Menurut Ody, perjalanan Sagittarius kini mula dijalankan lebih serius selepas mereka bernaung di bawah label Hazac Records.

“Tahun lalu adalah titik permulaan kami untuk membawa perjuangan band ke pasaran ‘mainstream’.

“Kalau diikutkan dengan pengalaman selama sepuluh tahun yang kami miliki sudah cukup membuatkan kami lebih matang untuk menempuhi perjalanan selepas ini.

“Tambahan pula saya dan boy memang bekerja belakang tabir dalam bidang muzik dan ia sedikit sebanyak membantu kami untuk menggerakkan Sagittarius dengan baik,” jelasnya.

Bercerita lebih lanjut, Ody memberitahu Sagittarius telah mengeluarkan single pertamanya berjudul ‘Puisi Hati’ sebagai penampilan pertama kumpulan itu.

“Alhamdulillah, single pertama sudah siap sepenuhnya termasuklah muzik videonya dan sekarang ia dalam proses pengedaran.

“Pada masa yang sama, kami juga sedang sibuk menyiapkan single ke dua kami berjudul ‘Padang Pasir’.

“Dari segi muzik, apa yang kami cuba tonjolkan adalah sesuatu yang segar dan paling penting ia menepati selera pendengar,”katanya.

Mahu bersaing

Mengakui persaingan sengit yang wujud dalam industri muzik tanah air kini, Boy menafikan perkara tersebut sebagai satu halangan untuk mereka meneruskan apa yang telah dirancang.

“Memang sekarang kemunculan bakat-bakat baharu banyak memberi persaingan namun kami memandangnya sebagai sesuatu yang positif.

“Dengan kelainan dan kekuatan muzik yang Sagittarius bawa, kami yakin mampu bersaing dengan baik.

“Bantuan pihak label juga sangat membantu walaupun mereka juga adalah nama baharu dalam industri tapi percaya dengan keupayaan mereka untuk bersama-sama mencipta nama dalam industri ini,” jelasnya.

Info

Instagram : Sagittariusofficial
Helfiastri Hossen, 32 (Ody) – Pemain bass
Abdul Rahim Lah, 31 (Boy) – Vokalis
Mohamad Haris Mat Keri, 24 (Haris) – Pemain drum
Sharizal Md Zain, 33 (Ijal) – Pemain gitar

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");