Sukan Hari Ini

‘Saya Bukan Tuhan’ – Van Gaal

PENGENDALI Manchester United, Louis Van Gaal menegaskan dia bukan Tuhan selepas menerima kritikan berikutan kekalahan ketiga berturut-turut kelab itu.

United tewas 1-0 kepada West Brom di laman sendiri hasil sepakan percuma daripada Chris Brunt.

Van Gaal yang menyaksikan Van Persie gagal menyempurnakan sepakan penalti, mengaku kecewa dengan aksi tersebut.

“Perkara itu sering terjadi dan apabila pasukan anda bermain dengan baik, pasukan lawan akan cuba bertahan lebih kuat.

“Situasi yang sama di Everton, mereka mempunyai organisasi pertahanan yang baik dan juga di Chelsea, jadi kami perlu merobohkan organisasi itu untuk menjaringkan gol.

“Kami mengawal bola dalam jangka masa yang lama dan mereka mempunyai banyak masa untuk mematahkan serangan kami jadi kami perlu meningkatkan kelajuan dan itu juga merupakan perkara yang sukar.

Van Gaal juga menyangkal dakwaan bahawa dia bimbang pasukannya akan terlepas daripada perebutan tempat ke Liga Juara-Juara selepas Liverpool mengurangkan defisit kepada empat mata dengan mencatatkan kemenangan ke atas Queen’s Park Rangers (QPR).

“Mungkin anda akan ingat kata-kata saya bahawa ia merupakan perlumbaan sehingga ke perlawanan terakhir,”

“Kami perlu mengekalkan keyakinan serta menyempurnakan peluang yang ada kerana ia bermula dengan mencipta peluang dan United mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal.

“Ia sungguh mengecewakan lebih-lebih lagi apabila mereka tidak membuat apa-apa peluang walaupun menentang organisasi seperti West Brom,” kata Van Gaal lagi.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");