Laporan Eksklusif

Saya Tak Bertanggungjawab Terhadap Kehilangan Berbilion Wang BMF – Dr M

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan beliau bertanggungjawab terhadap ‘kehilangan berbilion ringgit’ dalam skandal Bumiputra Malaysia Finance Limited (BMF) semasa beliau menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir berkata wang yang hilang itu adalah ‘milik bank’ dan bukan negara, dan oleh itu beliau tidak sepatutnya dipersalahkan untuk itu.

“Saya tidak mencuri sebarang wang. Tiada wang hilang, apa yang hilang adalah wang yang dimiliki oleh bank.

“Saya bukan seorang pengurus bank, bukanlah juga seorang penasihat bank.

“Banyak bank kehilangan wang pada masa itu. Mengapa saya dipersalahkan untuk mereka?,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas berucap pada Wacana Perdana Siri ke-19 di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Beliau diminta bertindak balas terhadap dakwaan bekas Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam kolum sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini.

Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Dr Mahathir telah membuat beberapa ‘usaha terlampau yang boleh dipersoalkan’ semasa memegang jawatan Perdana Menteri.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");