Jenayah

Sebuah kenderaan, dua nombor pendaftaran

GUA MUSANG – Dua nombor pendaftaran terdapat pada sebuah kenderaan pacuan empat roda sarat dengan muatan sayur yang ditemui di Jalan Lojing-Cameron Highlands menimbulkan rasa curiga kepada pengguna jalan raya.

Satu daripadanya adalah nombor pendaftaran Perak manakala satu lagi nombor pendaftaran Kelantan dan kedudukannya adalah sebelah menyebelah pada kenderaan tersebut.

Keadaan itu menyebabkan pengguna jalan raya berkenaan mengekori dan merakam gambar kenderaan terbabit kerana berasa curiga dengan motif sebenar pemilik kenderaan itu berbuat demikian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");