Perak Hari Ini

Seramai 1,900 Dijangka Sertai ‘Perak Century Ride 2015’

IPOH: Seramai hampir 1,900 peserta dijangkakan akan menyertai acara berbasikal ‘Perak Century Ride 2015’ yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini (Ahad).

Acara yang akan berlangsung di Casuarina dekat Meru itu akan melibatkan penyertaan bukan sahaja peserta daripada Malaysia khususnya negeri Perak, malah turut disertai oleh beberapa negara luar antaranya Singapura, Thailand dan Indonesia.

Presiden Kelab Rekreasi Berbasikal Le Velo Perak, Sharudin Not berkata, ‘Perak Century Ride 2015’ tersebut merupakan acara yang julung kali dianjurkan oleh pihaknya.

Beliau yang juga pengerusi bagi acara tersebut berkata, ia akan melibatkan jarak laluan sejauh 160 kilometer.

“Para peserta akan melalui laluan penuh mencabar di sekitar daerah Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah.

“Perlumbaan ini juga akan menguji ketahanan fizikal dan mental peserta yang dijangka melalui 60 peratus laluan berbukit antaranya di Jalong, Kampung Bekor, Kampung Senggang dan Jelapang,” katanya.

IMG-20150528-WA0021 (1)

Ujarnya, para peserta akan dilepaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya kira-kira jam 7 pagi di Hotel Casuarina @Meru, di sini.

Tambah beliau, acara tersebut turut mendapat kerjasama kerajaan negeri, Hotel Casuarina dan Kelab Sukan Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI).

“Antara matlamat bagi penganjuran program kali ini adalah supaya dapat mempromosikan negeri Perak sebagai negeri yang sering menganjurkan aktiviti sukan berbasikal disamping menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

“Selain itu juga, ia mampu mempromosikan sukan berbasikal kepada belia-belia terutamanya di negeri ini selain dapat mengelakakn mereka daripada cenderung untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar acara berkenaan dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan dan akan dapat disenaraikan sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar pelancongan Perak.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan acara tersebut boleh melayari laman media sosial Facebook atas nama PERAK Century RIDE 2015 1st Edition.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");