Membawang Hari Ini

Aura James Bond buat Pierce Brosnan dikenali

BERMULA sebagai karakter fiksyen menerusi hasil tulisan Ian Fleming pada 1953, James Bond akhirnya mula difilemkan pada 1962.

Menggunakan kod 007, kisah ejen rahsia British ini rupanya sudah berusia lebih setengah abad di layar perak dan dilakonkan oleh enam nama besar di dalam industri filem Hollywood.

Salah seorangnya ialah Pierce Brosnan iaitu James Bond kelima selepas Roger Moore.

Bagaimanapun, ketika menerima tawaran buat pertama kali daripada penerbit, Brosnan terpaksa menolak ekoran terikat dengan kontrak siri televisyen.

Lebih menyedihkan ketika itu, mendiang isterinya, Cassandra Harris beria-ia mahukan Brosnan membawa watak James Bond. Tetapi, hanya selepas empat tahun kematian isterinya, baharulah hasratnya itu tertunai selepas pelakon berusia 61 tahun itu berpeluang melakonkannya.

Aktor kelahiran Irlandia ini, mula memegang watak James Bond sejak 1995 hingga 2002 dengan empat sekuel iaitu Golden Eye, Tomorrow Never Dies, The World Is Not Enough dan Die Another Day sebelum digantikan aktor sasa, Daniel Craig (2005).

Lebih membanggakan, semua filem lakonannya merupakan paling berjaya sehingga hari ini.

Biarpun pencapaiannya sangat cemerlang dan menjadi sebutan, namun lain pula halnya bagi pemilik nama penuh Pierce Brendan Brosnan ini.

Dia mengakui tidak pernah merasa bagus ketika berperanan sebagai James Bond.

“Watak ini sebenarnya cukup lemah dan setiap karakter ditonjolkan tidak seperti apa yang ada secara realitinya.

“Saya tak pernah puas dengan setiap adegan aktiviti lasaknya,” katanya kepada Digitalspy.

Ketika ditanya adakah dia ada menonton kembali filem-filemnya itu, jawab Brosnan: “Saya langsung tak punya rasa nak melihat diri saya sebagai James Bond.

Sebab saya rasa, saya tak cukup bagus dan perasaan itu sangat tidak menyenangkan.”

Meskipun begitu, aktor berbadan sasa ini melahirkan rasa syukur kerana dapat bermain dalam filem ini sekali gus membuka peluang untuknya membintangi filem lain.

Jika diselak kembali, karier Brosnan sebagai pelakon bermula di pentas teater sebelum The Long Good Friday dan The Mirror Crack’d (1980).

Brosnan juga menunjukkan lakonan cemerlangnya dalam filem The Fourth Protocol, The Lawnmower Man, Mrs Doubtfire dan Night Watch serta siri TV iaitu The Professionals, Murphy’s Stroke, Masterpiece Theatre, Play For Today, Manions Of America dan Remington Steele.

Jadi pembunuh upahan

Dalam perkembangan lain, tunjang utama filem The November Man ini akan kembali ke layar perak sebagai ejen perisik menerusi filem Survivor.

Filem arahan James McTeigue ini, Brosnan membawa watak pembunuh upahan.

Filem aksi ngeri ini turut menampilkan Mila Jovovich, Emma Thompson, Dylan MCDermott, Angela Bassett dan James D’Arcy.

Survivor mengisahkan seorang pegawai kerajaan yang ditukarkan ke Kedutaan Amerika Syarikat di United Kingdom. Dia melarikan diri apabila diperangkap ke atas jenayah tidak dilakukannya. Dia sebenarnya diberikan tanggungjawab menghalang pengganas masuk ke AS.

Apakah yang akan terjadi? Nantikan Survivior di pawagam mulai 29 Mei ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");