Sukan Hari Ini

Skuad Pahang berpatah balik 4 import tiada visa masuk Indonesia

KUANTAN: Pasukan Pahang yang dijadualkan menentang wakil Indonesia, Persipura Jayapura pada aksi pusingan kedua Piala AFC di negara itu Selasa ini, kembali semula ke tanah air selepas empat pemain importnya tidak diberikan visa.

Pasukan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, kira-kira jam 10 pagi tadi dan perkara itu disahkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzeimi Ibrahim.

Fuzeimi berkata, Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) gagal menyelesaikan isa visa membabitkan pemain import Pahang.

Katanya, dokumen berkaitan permohonan visa sudah diserahkan pada 18 Mei lalu di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur tetapi tidak mendapatnya sehingga berlepas ke Indonesia semalam.

“Kami juga dijanjikan semuanya akan diselesaikan dan pemain akan diberikan visa sebaik tiba, tetapi malangnya pemain terkandas di lapangan terbang dan PBNP memutuskan untuk kembali ke tanah air.

“Kita akan membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfenderasi Bola Sepak Asia (AFC) esok,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu dijangka berdepan Persipura Jayapura di Stadium Mandalaya Jayapura.

Empat pemain import Pahang adalah Dickson Nwakaeme (Nigeria), Matias Conti (Argentina), Zesh Rehman (Pakistan) dan Damion Stewart (Jamaica).-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");