Perak Hari Ini

Stor Simpan Barang Makanan Terbakar

IPOH: Sebuah tempat menyimpan barangan makanan dan masakan di sebuah restoran musnah dalam satu kejadian kebakaran di sini, awal pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 4.50 pagi di Restoran D’Polo berhampiran Padang Polo itu telah memusnahkan hampir 40 peratus bahagian stor berkenaan.

Sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh melaporkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.56 pagi.

“Anggota diketuai oleh PBK II Khairuddin Hussin telah digegaskan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi pemadaman.

Sumber berkata lagi, setibanya jentera di lokasi tersebut, anggota mendapati sebuah stor yang menyimpan barangan memasak telah terbakar.

“Anggota bomba telah menggunakan dua aliran hose reel bersumberkan air daripada tangki jentera bagi operasi pemadaman sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

Operasi yang mengambil masa selama hampir satu jam itu tamat kira-kira jam 5.54 pagi.

“Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");