Membawang Hari Ini

Suami Pinta Iesya Toh Berhijab

KUALA LUMPUR: Suami kepada pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh memberi tempoh buat isterinya untuk tampil berhijab selepas kedua-dua mereka sah diijabkabulkan pada Jumaat.

Huzairee Muhamad, 34, berkata dia memberikan sedikit masa buat isterinya untuk melakukan perubahan iaitu menutup aurat secara berperingkat.

“Mengenai berhijab, saya memberi sedikit masa pada dia dan saya mahukan perubahan berlaku sedikit demi sedikit.

“Apa yang penting, dia memahami apa yang saya mahukan dan saya berharap agar tidak perlu lagi tegur dia pada masa akan datang,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 32, selamat bernikah dengan Huzairee dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di RTM, Angkasapuri di sini pada Jumaat.

Pada majlis itu Iesya menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 berserta wang hantaran RM50,000.

Majlis resepsi pihak perempuan diadakan di Perkarangan Wisma TV Angkasapuri, RTM pada Sabtu (hari ini) pukul 8 malam manakala majlis bertandang sebelah lelaki pula akan diadakan di Senwang, Negeri Sembilan pada 7 Jun depan.

Dalam pada itu bagi Iesya pula, dia berasa terharu kerana bertemu jodoh dengan ahli perniagaan yang begitu tegas dalam hal agama.

Iesya akan lakukan yang terbaik dan sentiasa patuh dengan arahan suaminya untuk berhijab suatu hari nanti.

“Kalau kita nampak Huzairee macam biasa sahaja tetapi dia sebenarnya sangat tegas dalam bab-bab agama dan Alhamdulliah saya sah bergelar isteri kepadanya.

“Saya ada cakap kepada dia supaya beri saya sedikit masa untuk berhijab dan dia sudah memberi tempoh masa itu tetapi jika terlebih dari tempoh yang diberikan dan saya masih berdegil, dia akan paksa saya,” katanya.

Tambah Iesya, suaminya seorang yang matang dan boleh dibawa berbincang namun kadang-kala nasihat yang dikeluarkan suaminya agak pedas tetapi untuk kebaikan.

Sementara itu, mengenai status kes penipuan perancang perkahwinan yang membuatkan Iesya kerugian lebih RM20,000, dia berkata individu tersebut masih belum membayar wang itu dan terus menghilangkan diri.

Walaupun dilanda pelbagai dugaan namun perkahwinan Ieysa masih diteruskan dan dia bersama pasangangannya menerima 56 tajaan daripada pelbagai pihak.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");