Berita Hari Ini

Sukar dapat pinjaman kerana kertas kerja

PUTRAJAYA – Kurang mahir menghasilkan kertas kerja berkualiti dan memenuhi standard ditetapkan antara punca usahawan muda sukar mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan sasaran kementerian berkenaan untuk melahirkan 1,000 agropreneur muda tahun lalu tidak berjaya.

Katanya, pada tahun lepas hanya 384 agropreneur muda berjaya dilahirkan apabila mereka mendapat bantuan modal daripada agensi kewangan membabitkan peruntukan sejumlah RM21.4 juta.

“Ramai yang mohon pinjaman tapi banyak (kertas kerja) yang tak lengkap dari segi dokumen dan terpaksa pergi balik (institusi kewangan),” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Unit Agropreneur Muda sempena Festival Belia Putrajaya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya berkemungkinan memperkenalkan satu standard atau templat kertas kerja untuk tujuan permohonan pinjaman kewangan.

Menjelas lanjut, Ismail Sabri berkata, tahun lepas seramai 4,148 orang yang berminat menjadi agropreneur muda mendaftar susulan pelancaran Unit Agropreneur Muda.

“Tapi…isunya bukan soal pendaftaran sahaja tapi kita nak mereka jadi usahawan iaitu mendapat pinjaman untuk menjadi agropreneur muda,” katanya.

Beliau berkata, sasaran pendapatan untuk agropreneur muda tidak kurang daripada RM5,000 sebulan.

Ismail Sabri berkata, bermula minggu depan beberapa agensi di bawah kementerian termasuk AgroBank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) akan memperhebat jelajah bagi melahirkan 1,000 agropreneur muda setiap tahun. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");