Perak Hari Ini

Sultan Perak Hadir Pertandingan Esei dan Pidato Sempena Pertabalan

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat bagi menyaksikan Pertandingan akhir pidato dan penyampaian hadiah penulisan esei bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 di Hotel Casuarina@meru Ipoh di sini hari ini.

Baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berkenan menyaksikan pertandingan akhir pidato  tersebut oleh tiga pemidato terbaik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kategori menengah atas bagi merebut johan keseluruhan.

PERAKTODAY1

Mohd Razeikh Md.Rizal berjaya dinobatkan sebagi johan pidato terbaik bagi kategori Menengah Atas dalam Bahasa Melayu manakala R.Eashvar johan bagi kategori Bahasa Inggeris.

Pertandingan menulis esei kali ini juga terbuka kepada penyertaan semua murid sekolah seluruh negeri Perak yang bermula pada awal bulan Januari 2015.

Manakala bagi pertandingan pidato pula peringkat daerah telah dianjurkan pada 28 Mac lalu dan peringkat negeri berlangsung di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) 18 April lalu.

Turut berangkat ke majlis tersebut, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

PERAKTODAY2

Seramai 430 pelajar daripada seluruh daerah telah menyertai pertandingan pidato manakala 7,646 pelajar turut mengambil bahagian dengan menghantar karya esei masing-masing.

Penganjuran program sebegini merupakan satu langkah bagi menggalakkan penglibatan para pelajar secara langsung dalam Istiadat pertabalan sultan Perak ke-35 serta diharapkan mampu menimbulkan kefahaman secara menyeluruh mengenai institusi Raja.

Pertandingan pidato peringkat akhir tersebut telah dipengerusikan oleh Moderator, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dan diadili oleh Pengerusi Panel Jemaah Hakim, Tan Sri Profesor Datuk Dr. Nordin Kardi.

Johan menulis esei dan pidato membawa pulang wang tunai RM1,000 seorang yang telah disampaikan oleh baginda sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");