Perak Hari Ini

Suri Rumah Terkejut Terima Surat Saman Kenderaan Yang Diisytihar ‘Total Loss’

IPOH: Seorang suri rumah terkejut apabila masih menerima saman trafik meskipun kenderaan tersebut tidak lagi menjadi miliknya berikutan terlibat dalam kemalangan dan diisytiharkan sebagai ‘total loss’.

Sit Poh Yee berkata, beliau telah menerima surat saman berkenaan pada tarikh 25 September 2009 sedangkan kereta jenis proton wira yang bernombor pendaftaran AEX 3233 tersebut tidak boleh digunakan lagi selepas mengalami kemalangan pada 2 Mac 2006.

Tambahnya, timbul keraguan mengenai perkara tersebut sama ada kenderaan itu telah di salah guna atau wujudnya sindiket yang mengklon kenderaan tersebut dan dijual kepada pihak lain.

“Pada tarikh saman dikeluarkan, saya tidak pergi ke lokasi tersebut dan berada di rumah.

“Jadi bagaimana saya masih menerima saman sedangkan kenderaan tersebut sudah diisytiharkan tidak boleh lagi digunakan kerana terlibat dalam kemalangan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berharap agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan siasatan berhubung perkara tersebut berikutan beliau bimbang sekiranya maklumat berkenaan dirinya telah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya harap pihak JPJ mengambil tindakan sewajarnya sebelum perkara ini menjadi lebih teruk,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Perak, Jimmy Loh Thim Kheun berharap agar perkara tersebut mendapat perhatian serius daripada pihak berwajib.

“Saya juga harap pihak yang menggunakan kereta berkenaan sila hubungi pihak biro pengaduan MCA negeri Perak atau mana-mana JPJ untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tersebut,” kata beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");