Jenayah

Suspek edar dadah dicekup

Muar: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam satu operasi di sekitar Panchor di sini, petang semalam.

Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu lelaki berasal dari Bakri di sini, ditahan sepasukan polis yang melakukan operasi khas.

Katanya, sebaik menahan kereta dipandu lelaki berusia 45 tahun itu, anggotanya melakukan pemeriksaan.

“Pemeriksaan membawa kepada penemuan lebih sekilo dadah dipercayai syabu di dalam satu bungkusan di bawah tempat duduk penumpang.

“Selain itu, pasukan kami menemui wang tunai lebih RM1,000,” katanya ketika dihubungi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");