Berita Hari Ini

Syarikat Faiza nafi jual beras tiruan

BATU PAHAT – Syarikat Faiza Sdn Bhd (Faiza) menafikan dakwaan yang dikeluarkan individu yang tidak bertanggungjawab di laman sosial berkaitan kualiti berasnya.

Dalam dakwaan berkenaan beras yang dikeluarkan syarikat bumiputera terkemuka itu adalah beras tiruan yang diperbuat daripada plastik yang berbahaya kepada pengguna.

Pengarah Urusannya, Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, tuduhan berkenaan hanyalah untuk mencemarkan reputasi syarikat terbabit dan ia lebih kepada fitnah semata-mata.

“Sejak beroperasi selama 20 tahun sehingga kini, syarikat ini menggunakan 100 peratus beras asli daripada sumber yang disahkan kerajaan, iaitu secara terus dari Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).

“Perbuatan berkenaan sungguh tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan berniat jahat, kami memandang serius setelah kami dihujani pelbagai persoalan semenjak ia viral di laman sosial,” katanya.

Faiza Bawumi berkata, sejak tersiar di laman sosial pada Khamis minggu lalu, ada sesetengah peruncit dan pengguna yang meragui beras keluaran syarikat berkenaan dan mereka tidak putus-putus menghubungi pejabat mereka.

“Tindakan pemilik akaun laman sosial berkenaan juta telah menyebabkan jualan beras kami ‘Beras Faiza Emas’ yang sebelum ini terjual sehingga 3,000 tan sebulan terjejas,” katanya dalam sidang media semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasinya, Md Faizal Md Ali berkata, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis berkaitan dengan kes berkenaan bertujuan tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar fitnah terbabit.

“Orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan yang dikeluarkan yang lebih kepada fitnah kerana pihak syarikat kami mementingkan kualiti pada produk yang dikeluarkan.

“Kami memandang serius kepada semua produk, termasuklah beras yang merupakan produk utama kami sejak 20 tahun syarikat ini beroperasi,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");