Isu Panas

Tampil serah diri, Mat Sabu ditahan polis

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis kerana penyertaannya dalam perhimpunan mendesak supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dibatalkan pada Jumaat.

Mohamad ditahan polis dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Menurut laporan sebuah portal, Mohamad atau dikenali dengan panggilan Mat Sabu ditahan di Balai Polis Dang Wangi setengah jam selepas beliau datang untuk menyerah diri.

“Dua hari lepas saya di lapangan terbang nak pergi Sabah, polis kata nak datang tangkap saya. Saya kata kepada polis saya akan serah diri selepas dua hari kerana saya ingin pergi ke Sabah dahulu.

“Saya akan disiasat bawah Akta Hasutan, tetapi saya tidak tahu kesalahan saya lagi. Sekarang tunggu untuk merakamkan kenyataan,” kata Mat Sabu kepada portal berkenaan.

Terdahulu, beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis ditahan selepas himpunan bantah GST yang diadakan pada 1 Mei itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");