Jenayah

Tiga pekerja dakwa dicabul

PARIT BUNTAR – Tiga pekerja wanita termasuk seorang gadis bawah umur trauma untuk ke tempat kerja setelah mendakwa dicabul oleh pengurusnya sejak sebulan lalu.

Lebih menyedihkan, ketiga-tiga remaja wanita yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun itu bakal berdepan kemungkinan tidak menerima gaji bulanan daripada majikan setelah diugut akan diberhentikan kerja sekiranya perkara tersebut tersebar.

Seorang mangsa berusia 19, berkata, dia bersama dua lagi mangsa berusia 16 dan 18 diterima bekerja sebagai pembantu kedai di premis sebuah pusat membeli belah itu pada 1 April lalu.

Bagaimanapun, pada pertengahan bulan lalu, dia bersama dua lagi mangsa cabul mula menerima gangguan seksual daripada pengurus lelaki berusia 30 tahun itu apabila suspek sering bertindak menampar punggung mereka dan berkata-kata lucah terhadap mereka sewaktu tempoh bekerja.

“Pada 22 Mei lalu, pada jam 7 malam, semasa saya hendak keluar dari premis kerja, suspek dengan sengaja bertindak menahan badan saya dengan menggunakan tangan sehingga terkena kedua-dua belah payudara saya tanpa sebab.

“Setiap kali bertugas di kaunter, dia juga selalu menampar punggung saya. Apabila dimarahi, suspek akan memarahi saya semula dan mendesak saya tidak melawan cakap ketua.

“Kejadian ini berlaku terhadap saya dan dua lagi mangsa cabul dari pertengahan bulan April sehingga kini dan kami trauma untuk pergi ke tempat kerja kerana bimbang perbuatan gangguan seksual akan menjadi lebih teruk,” katanya pada satu sidang media, semalam.

Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Kesejahteraan Universal Malaysia, Ong Chuan Jin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");