Perak Hari Ini

Tindakan Tegas Diambil Sekiranya Enggan Lunaskan Saman Trafik MBI

IPOH: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap warga Ipoh yang gagal melunaskan tunggakan saman trafik bandaraya yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Menurut Datuk Bandar, Datuk Harun Rawi, tindakan tersebut termasuklah dengan membawa pihak tersebut ke mahkamah.

Jelasnya, pihak MBI telah memberi peluang kepada warga bandaraya yang mempunyai tunggakan saman tersebut dengan memberikan potongan sehingga 75 peratus bagi tempoh bermula pada 27 hingga 29 Mei 2015 ini.

“Kita telah mengadakan 75 peratus potongan untuk tempoh tiga hari yang mana ianya merupakan sekali sahaja yang pernah kita bagi kerana ini bersempena Hari Bandaraya ke-27 dan juga pertabalan Sultan Perak ke-35.

PERAK TODAY 3

“Kita harap masyarakat setempat mengambil peluang ini untuk menjelaskan tunggakan tersebut kerana mana-mana yang masih enggan dan tertunggak kompaun dengan pihak majlis, kita akan mengambil tindakan selanjutnya iaitu kita boleh membawa mereka kepada tindakan mahkamah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Perdana Sempena Ulang Tahun Bandaraya Ipoh ke-27 di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Turut hadir sama, Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria.

PERAK TODAY 4

Ujar beliau lagi, potongan tersebut antara yang paling banyak diberikan oleh pihak MBI kepada warga bandaraya Ipoh sepanjang pentadbirannya.

“Sebelum ini, kita hanya memberikan potongan 50 peratus pada hari-hari tertentu termasuklah pada musim-musim perayaan besar.

“Tetapi yang ini bukanlah amalan yang mungkin akan berlaku lagi pada tahun depan dan ia bergantung kepada keputusan majlis sama ada ingin meneruskannya ataupun tidak di masa depan,” jelas beliau lagi.

Tambahnya lagi, ia juga turut bergantung kepada reaksi dan sambutan orang ramai usaha yang dilakukan oleh pihak bandaraya tersebut.

“Sebagai contohnya semalam hari pertama ia berlangsung, kita dapat mengutip lebih kurang RM150,000,” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga bandaraya yang telah menjelaskan tunggakan-tunggakan saman trafik bandaraya.

“Ada individu-individu yang kompaun dan saman trafik bandaraya ini berpuluh-puluh ditangannya… yang ini kita harap ambil peluang yang ada untuk membuat bayaran kerana selepas ini kita akan mengambil tindakan kepada mereka untuk dibawa ke mahkamah,” tegas beliau.

PERAK TODAY 1

Terdahulu, seramai lebih 2,000 kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) daripada semua peringkat telah menghadiri Perhimpunan Perdana Sempena Ulang Tahun Bandaraya Ipoh ke-27 di Stadium Indera Mulia.

Datuk Harun Rawi juga turut menyampai hadiah kepada pemenang bagi pertandingan Inovasi Laman serta pertandingan Kebersihan Premis Makanan dan Tandas Awam bagi tahun 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");