Sukan Hari Ini

Unimap raih 16 emas di Sukanun

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) meraih 16 pingat emas menerusi tiga acara pada Kejohanan Sukan Badan Berkanun (Sukanun) di Kota Kinabalu, Sabah.

Pingat diperoleh melalui acara golf berpasukan, bola sepak lelaki senior dan 14 lagi dalam acara olahraga.

Naib Canselor Unimap, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata pada temasya yang berakhir 2 Mei lalu, Unimap menghantar peserta hanya bagi tiga acara itu.

Beliau berkata, Unimap hanya memilih acara yang dijangka dapat menyumbang pingat bagi menjimatkan perbelanjaan.

Sukanun tahun ini dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah yang membabitkan lebih 70 pasukan menerusi 22 acara.

Kontinjen Unimap terdiri daripada 44 atlet dan pegawai yang diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Mohd Fo’ad Sakdan dan Pengarah Pusat Sukan, Suhizaz Sudin. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");