Perak Hari Ini

Vida Beauty Sumbang 40 Set Lengkap Pengurusan Jenazah Kepada Masjid di Negeri Perak

IPOH: Sebanyak 40 set lengkap pengurusan jenazah telah diberikan kepada 16 buah masjid di sembilan daerah yang berada di negeri Perak.

Sumbangan tersebut telah diberikan oleh pihak syarikat Vida Beauty melalui Pengarah Urusannya, Suraya Ismail dan diterima oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Ia kemudiannya diserahkan wakil masjid-masjid dari sembilan daerah iaitu pegawai-pegawai penyelaras masjid daerah (ppmd) bagi daerah Hilir Perak, Batang Padang, Selama, Bagan Serai, Gerik, Parit Buntar, Batu Gajah, Manjung dan juga Lenggong.

PERAK TODAY 1

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Datuk Amiruddin Muhamed berkata, pemberian tersebut menunjukkan bahawa syarikat berkenaan bukan hanya memikirkan untuk mencari keuntungan semata-mata.

“Pada peringkat permulaan, mereka telah menyumbangkan sebanyak 40 set terlebih dahulu ke masjid-masjid terpilih di seluruh negeri Perak.

“Insyaallah pada pusingan kedua nanti, apabila mereka mendapati terdapat sambutan untuk set-set ini, mereka akn menyumbang kepada semua masjid yang berada di negeri ini.

“Ini menunjukkan bahawa mereka ini satu syarikat korporat yang sangat bertanggunjawab yang mana bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata tetapi mereka prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan,” katanya.

PERAK TODAY 2

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan set pengurusan jenazah berkenaan di Hotel Kinta Riverfront di sini, hari ini.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada pihak Vida Beauty atas sumbangan yang telah diberikan.

“Sebagai satu syarikat korporat, mereka telah menyumbangkan kepada seluruh masjid-masjid seluruh negeri Perak,” ujarnya.

PERAK TODAY 4

Beliau berkata lagi, set tersebut amat membantu sekiranya berlaku kecemasan iaitu kematian disaat yang luar jangka.

“Sebenarnya set pengurusan jenazah ini mengandungi peralatan yang lengkap daripada segalanya.

“Kalau berlaku kematian pada waktu malam, kedai tak buka… jadi nak cari semua peralatan tentunya sukar.

“Dengan adanya set lengkap ini dapat memudahkan urusan daripada proses nak memandikan sehinggalah mengebumikan jenazah, semuanya ada dalam satu kotak,” jelas beliau.

Mengulas mengenai usahasama yang akan dilakukan oleh pihak MAIPk dengan syarikat berkenaan, beliau berkata, usaha tersebut akan diteruskan daripada semasa ke semasa.

“Insyaallah, syarikat ini memang nak menyumbang kepada negeri ini dan kita tahu bahawa mereka memang asal orang Perak.

“Jadi kita akan mengadakan perbincangan berkemungkinan untuk menjemput mereka dalam program kita yang seterusnya termasuklah majlis berkaitan dengan pemberian zakat daripada semasa ke semasa,” kata beliau lagi.

PERAK TODAY 7

Sementara itu, menurut pegawai akauntan Visa Beauty, Siti Haryanti Mohamad, sumbangan tersbut merupakan satu zakat yang dikeluarkan untuk memperolehi keberkatan dalam perniagaan yang dijalankan oleh pihaknya.

“Selain daripada mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan, pihak kami juga ada memberikan sumbangan berbentuk set lengkap pengurusan jenazah ini kepada beberapa masjid di negeri ini.

“Ia adalah sebagai mendapatkan keberkatan terhadap produk-produk yang telah kami jual dan hasilkan,” kata beliau.

PERAK TODAY 6

Jelasnya, set pengurusan jenazah itu merupakan produk yang lengkap dan memudahkan semua pihak dalam menguruskan jenazah apabila berlakunya kematian.

“Bagi Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Dr Vida, set ini nampak mudah dan ringkas kerana pada masa ini semua sibuk serta kita memerlukan sesuatu yang ringkas dan cepat.

“Dalam set ini juga mengandungi cara penggunaan, dan semua bahan-bahan yang disediakan adalah lengkap termasuklah kain kapan, air mawar, sabun serta beberapa bahan lain,” ujar beliau lagi.

Beliau juga menyatakan bahawa sekiranya mendapat sambutan, pihak Vida Beauty akan menaja kesemua masjid yang berada di negeri Perak ini.

Set pengurusan jenazah ‘Kembali’ tersebut telah dikeluarkan oleh syarikat Dhuha a-l-rish yang mengandungi kelengkapan yang cukup untuk menguruskan jenazah.

Produk ini mengandungi 20 peralatan utama antaranya kain kapan, setanggi, air mawar, kayu Sintok, kapur barus, sabun, sarung tangan, apron dan sebagainya.

Set berkenaan merupakan produk yang baru diperkenalkan oleh syarikat Dhuha a-l-rish dan dijual dengan harga RM250 sekotak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");