Perak Hari Ini

Wanita Cedera, Terhumban Ke Dalam Sungai

BIDOR: Seorang wanita cedera apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terhumban ke dalam sungai.

Kemalangan tersebut berlaku di Jambatan Jalan Lama Bidor-Sungkai, di sini pagi tadi.

Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan tersebut daripada orang awam pada jam 8.32 pagi.

IMG-20150506-WA0004

“Mangsa ialah wanita berturunan Cina, yang memandu kereta jenis Honda City, telah terbabas ke dalam sungai,”kata sumber.

Menurut sumber lagi, mangsa kemudiannya Berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian tersebut.

“Anggota penyelamat turut melakukan pencarian di kawasan kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut,”katanya.

Operasi menyelamat yang diketuai oleh PBK II Nasaruddin itu tamat pada jam 10.02 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");