Perak Hari Ini

Warga Emas Maut, Kereta Bertembung Bas

TELUK INTAN: Seorang warga emas maut di lokasi kejadian setelah kenderaan terbabas dan bertembung dengan sebuah bas petang semalam.

Menurut sumber Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku di Jalan Sungai Rengam dekat sini sekitar jam 3.05 minit petang semalam.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah bas,” kata sumber.

Mangsa, seorang lelaki Cina 56,maut di lokasi kejadian akibat tersepit pada kenderaannya.

“Pihak Bomba telah berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi tamat sekitar jam 4.40 petang yang diketuai oleh Ketua Operasi PBK II Nazri Getam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");