Jenayah

Warga emas rentung atas sofa

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bergelar Datuk maut dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, mangsa berusia 88 tahun itu ditemui di ruang tamu di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, isteri mangsa yang berusia 77 tahun, bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.

“Anggota peronda cegah jenayah ke lokasi kejadian dan memotong kunci mangga pada pintu hadapan, sebelum mendapati isteri mangsa berada di tepi pintu, manakala mangsa rentung atas sofa di ruang tamu rumah tersebut,” katanya.

Menurutnya, anak mangsa mendakwa bapanya seorang perokok dan mengalami penyakit nyanyuk.

“Pasukan Forensik Bomba dan Forensik Polis Diraja Malaysia menyiasat tempat kejadian, siasatan awal mendapati kebakaran berkemungkinan berpunca daripada api rokok,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Pemeriksaan mendapati kesemua pintu dan tingkap rumah mangsa berada dalam keadaan baik dan berkunci,” katanya.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");