Laporan Eksklusif

Wujud Kekeliruan Berhubung Kehilangan Wang 1MDB-Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Timbul beberapa kekeliruan mengenai kehilangan wang syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sama ada ianya hilang ataupun digunakan untuk menjelaskan hutang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didalam penulisan terbaru di blog beliau chedet.cc berkata, walaupun kesemua hutang telah dibayar melalui jualan aset yang telah dibeli oleh 1MDB, itu tidak bermakna 1MDB bebas daripada tuduhan.

“1MDB tidak bebas apabila syarikat itu tidak dapat menjelaskan berbillion-billion ringgit yang telah hilang,”tulisnya.

Tulisnya lagi, di dalam perniagaan, wang hanya boleh hilang melalui dua cara.

“Wang boleh hilang melalui pelaburan yang buruk atau pengurusan yang tidak baik.

“Itu boleh diterima jika Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurusnya dipecat,”katanya.

Tulisnya lagi, Pengurusan masih bertanggungjawab apabila berlakunya kehilangan wang walaupun pengurusan tidak dapat menjelaskan di mana dan bagaimana wang tersebut hilang.

“Apabila wang hilang dan pengurusan tidak dapat menjelaskan ke mana wang itu pergi dan bagaimana wang itu hilang, maka, pengurusan perlu bertanggungjawab walaupun ada jaminan atau membayar hutang,”katanya.

Katanya lagi, walaupun timbul dakwaan bahawa wang itu dilaburkan atau disimpan di Pulau Cayman dan telahpuh berada di Singapura, pengurusan 1MDB ternyata tidak dapat lagi membuktikannya dalam bentuk yang ketara.

“Pengurusan perlu bertanggungjawab kerana telah menghilangkannya.

“Andaian telah dibuat bawah pengurusan 1MDB telah menyalahgunakan wang itu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");