Berita Hari Ini

‘Di mana Azmin ketika rakyat menderita?’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar kecewa dengan sikap Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang tidak hadir ke Dewan Rakyat membahaskan usul penstrukturan industri air di Selangor.

Noh berkata, Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak harus bersama-sama membahaskan usul tersebut dalam mencari penyelesaian terbaik untuk memuktamadkan penstrukturan air.

“Azmin sekarang ini berada di Kelantan, katanya menyerahkan bantuan banjir.

“Azmin lebih pentingkan penduduk Kuala Krai daripada rakyat Selangor,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Menurut Noh, bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim juga mengambil bahagian dalam perbahasan usul tersebut.

“Khalid hadir tapi Azmin tak hadir. Di mana Azmin? Beliau tidak mengambil berat masalah rakyat negeri Selangor.

“Rakyat terus mengeluh jika masalah dan gangguan air ini terus berlaku ketika umat Islam hendak menyambut Ramadan dan seterusnya hari raya,” katanya.

Mengulas mengenai perbahasan usul tersebut, Noh berkata, ia jelas menunjukkan Azmin tidak memberikan komitmen.

“Daripada jawapan menteri, tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk membantu atasi masalah air di Selangor telah dibuat.

“Khalid yang telah memulakan rundingan, tetapi malangnya apabila bertukar menteri besar, Azmin timbulkan masalah baru.

“Apa juga yang telah dipersetujui sebelum ini tidak dapat diteruskan kerana permit dan kelulusan telah dibekukan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");