Membawang Hari Ini

Farasu Minta Pemuzik Heavy Rock Tidak Dipandang Serong

PETALING JAYA: Kumpulan Farasu berharap masyarakat tidak terus melebelkan individu yang membawa muzik heavy rock sebagai pengamal budaya negatif hanya kerana aliran muzik itu dilihat keras.

Salah seorang ahli kumpulan Farasu, Mus Fidaiyyin atau Mustafa Kamal Abdul Rahman berkata, mereka ingin mengubah permikiran negatif masyarakat mengenai kumpulan yang mengentengahkan muzik heavy rock.

“Muzik metal termasuk heavy rock sebenarnya bukan muzik underground tetapi ia sebenarnya adalah muzik universal tetapi kenapa lagu genre rock ini dipandang negatif oleh masyarakat di negara ini?

“Masyarakat masih sukar untuk mengubahkan tanggapan mereka terhadap lagu heavy rock, sedangkan negara lain mereka mendapat tempat diarus perdana,” katanya kepada mStar Online.

Kumpulan Farasu ditemui pada sesi fotografi yang diadakan di Menara Star, di sini.

Selain Mus yang merupakan pemain dram, Farasu turut dianggotai oleh Nahax (Gitar), Ordiday Sven (Gitar), Apai (Bass) dan Shah Zaini (Vokal).

Tambahnya lagi, masyarakat harus mengubah pemikiran mereka yang menganggap muzik heavy rock akan mendorong kepada budaya yang negatif dengan penggunaan barang terlarang.

“Masyarakat harus mengubah pemikiran mereka yang beranggapan bahawa muzik heavy rock ini teruk sedangkan banyak juga kumpulan lain menggunakan barang terlarang tetapi tidak semestinya mereka pemuzik heavy metal.

“Kita tidak boleh paksa orang untuk terima muzik genre heavy metal ini kerana mereka mungkin kurang pendedahan mengenai genre yang diketengahkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mus berkata, masalah yang dihadapi oleh kumpulan muzik heavy metal ialah sering dipandang serong oleh masyarakat sedangkan kebanyakan mereka hanya ingin berkarya dalam mempelbagaikan genre muzik.

Tambah Mus, media harus memainkan peranan untuk membantu mengubah persepsi masyarakat mengenai kumpulan heavy metal supaya ia tidak dipandang serong oleh masyarakat.

“Farasu tampil untuk masuk ke arus perdana kerana ingin memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa kumpulan yang membawa lagu heavy metal ini sebenarnya bukannya teruk seperti yang dijangka.

“Ia adalah perjuangan kami untuk mengentengahkan lagu metal kepada orang ramai yang banyak salah anggapan mengenai genre muzik diketengahkan,” katanya.

Selain itu, Farasu mempunyai cara tersendiri untuk mengentengah muzik eastern death metal kerana menggangap ia merupakan salah satu genre yang boleh berkembang dan membuat perubahan.

Mengenai Farasu, ia ditubuhkan pada tahun 2012 dan sudah hampir 13 tahun mengentengahkan muzik heavy metal.

Kini kumpulan Farasu muncul dengan album baharu bertajuk Against Tyranny yang memuatkan lapan buah lagu ciptaan sendiri iaitu Qalha’s Symphony, The Truly, Marhaen’s Blood, Musica Al Masyrik, Blame It All, Against Tyranny, Saronica Melodica dan Holy Diver.

Peminat muzik ini bolehlah membeli lagu ini melalui Facebook rasmi mereka iaitu www.facebook.com/farasuthetruly atau [email protected]

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");