Berita Hari Ini

Jalur lebar internet naik 218 peratus pada 2014

MALAYSIA mencatatkan peningkatan sebanyak lebih daripada 200 peratus atau sehingga 760,331 megabait sesaat (Mpbs) dalam penggunaan jalur lebar Internet pada 2014 berbanding hanya 349,277 Mbps dalam 2013, kata Malaysia Internet Exchange (MyIX).

MyIX, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), disebabkan pertambahan dalam penggunaan Internet oleh platform dan pengguna media sosial, serta aplikasi seperti MyTeksi, Uber, permainan dalam tarian serta urus niaga e-dagang.

“Kajian SKMM dalam 2011 menunjukkan kira-kira 36 juta pengguna telefon yang dilanggan di Malaysia telah meningkat kepada hampir 45 juta menjelang akhir 2014 dengan kadar penembusan sebanyak 148.5 bagi setiap penduduk.

“Ini menunjukkan secara teknikal, pengenalan Pakej Komunikasi Belia (YCP)SKMM membantu meningkatkan pelanggan telefon di seluruh negara sebanyak 25 peratus,” kata Pengerusi MyIX, Chiew Kok Hin dalam satu kenyataan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");