Berita Hari Ini

‘Kami dah tak sanggup!’

“TOLONGLAH buat sesuatu untuk kami, dah tak sanggup air memanjang tak ada,” demikian luah penduduk Taman Seri Semenyih, M Saraswaty, 40, berhubung krisis air kritikal berlaku di kawasan itu sejak dua bulan lalu.

Katanya, dia dan keluarga terpaksa mengangkut air dari lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) setiap kali terputus bekalan.

“Lori Syabas datang awal pagi ketika penduduk sudah tidur, masa tu la nak bunyi hon beritahu datang bawa bekalan air.

“Bila air disalur kembali, tekanannya pula amat rendah menyebabkan air tak naik ke tangki,” katanya.

Ramli Mat Noor, 61, berkata jika masalah air berterusan, kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah dana untuk melaksanakan projek air komuniti menerusi galian telaga tiub.

“Sekarang air dah tiada, apa susah sangat, masing-masing gali perigi,” katanya yang memberi cadangan ketika Forum Krisis Air Selangor anjuran Pejabat Adun Semenyih, semalam.

Bagi R Murali, 40-an, pihak berkenaan katanya perlu menghentikan saluran bekalan air ke tapak projek pembinaan baru.

“Yang kami persoalkan kenapa Syabas beri air pada mereka kalau betul air tak cukup. Kami yang menghuni rumah tiada air, tapi di tapak pembinaan ada bekalan dan projek berjalan seperti biasa,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");