Sukan Hari Ini

Makin garang

Ipoh: Datuk M Karathu lega kerana Perak semakin menemui sentuhan berikutan kejayaan kedua berturut-turut dalam pusingan kedua Liga Super 2015.

Kemenangan 3-1 ke atas Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang menceriakan Karathu berikutan aksi mantap The Bos Gaurus.

“Kami semakin mendapat rentak. Pemain beraksi dengan yakin dan kesungguhan tinggi.

“Kejayaan ini cukup penting malah setiap perlawanan adalah penting.

“Justeru kami akan ambil satu perlawanan demi satu perlawanan, ” katanya.

Bagi jurulatih Perak itu watak mantap itu adalah faktor kejayaan berturut-turut Perak di pusingan kedua itu.

Pada perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan tetapi Perak berjaya memadam kelebihan itu melalui Horace James diikuti sentuhan Charles Souza Chad untuk Perak mendahului 2-1 pada babak pertama.

Kapten Nasir Basharuddin kemudian melengkapkan kemenangan Perak sekaligus membolehkan Seladang menghimpit tiga pasukan di atasnya, Pahang, Johor Darul Ta’zim dan Selangor dalam perebutan gelaran kali ini.

Jurulatih itu gembira pemain perak mempunyai keyakinan diri dan ke sungguhan tinggi untuk berjuang hingga ke wisel penamat.

“Semoga sikap itu akan terus berkekalan dalam baki saingan seterusnya terutama menentang ATM di Ipoh Sabtu ini,” katanya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");