Panasnya Hari Ini

“Najib boleh soal saya tentang apa saya buat dulu …” – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap ingin mengadakan pertemuan dua mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu siri debat yang disiarkan di kaca televisyen.

Beliau berkata demikian ketika satu program tertutup dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam yang dihadiri kira-kira 50 peserta daripada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Katanya lagi, segala isi perdebatan bukan hanya melibatkan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi beliau turut bersedia untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan terhadap pentadbirannya selama 22 tahun sebelum ini.

“Saya nak minta Datuk Seri Najib dengan saya duduk atas pentas, depan televisyen.

“Najib boleh soal saya tentang apa saya buat dulu, kononnya saya hilangkan duit, apa semua, lesapkan duit,” katanya, memetik laporan malaysiakini.com

Mahathir berkata lagi, beliau boleh menjawab segala persoalan yang ditanyakan oleh Najib, namun dalam masa yang sama, Perdana Menteri perlu menjawab semua persoalan yang dilontarkan oleh beliau.

“Dia boleh tanya dan saya boleh tanya. Sama-samalah.

“Tapi you (Najib) kena jawab sama. Sama-sama kita duduk atas pentas, semua kamera televisyen duduk di depan dan disiarkan di seluruh Negara,”jelasnya.

Sementara itu, beliau telah menyatakan keengganan beliau untuk menerima undangan program dialog ‘Nothing2Hide’ yang dianjurkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, atau dikenali sebagai Chegubard.

Mahathir menyatakan meskipun beliau bersedia berdebat, namun beliau keberatan dan tidak akan menerima jemputan yang dibuat oleh aktivis berkenaan yang juga merupakan bekas pemimpin pusat PKR.

“Itu kucing kurap daripada PKR…bagi tahu kepada dia, saya tak jawab soalan kucing kurap,”jawabnya dengan sinis.

Pertemuan yang diadakan semalam merupakan antara gerak kerja yang dilakukan oleh Tun Mahathir untuk terus mendesak kepimpinan Najib seterusnya menuntut Perdana Menteri itu bagi meletakkan jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");