Berita Hari Ini

NGO desak PBB lindung pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR – Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar memorandum mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera melindungi pelarian Rohingya di Myanmar.

NGO terbabit ialah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dan Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas).

Presiden IRIMM Amir Amsaa yang mewakili kesemua NGO itu berkata langkah itu perlu bagi menghentikan penindasan terhadap komuniti Rohingya yang dinafikan kerakyatan dan dibunuh sewenang-wenangnya.

“Komuniti Rohingya dianiaya dan nasib mereka perlu dibela. Kita sebagai manusia perlu prihatin, jangan tengok dari sudut agama sebaliknya aspek kemanusiaan perlu diutamakan.

“Maka dengan ini kami menyeru PBB agar menghantar dan membuat satu bantuan bagi melindungi Rohingya,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil PBB, di Wisma United Nation, di sini hari ini.

Pada 25 Mei lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer.

Sejumlah 35 rangka mayat yang ditemukan setakat ini sejak operasi menggali bermula dan kesemuanya kini ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebelum bedah siasat dimulakan pada 7 Jun. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");