Isu Panas

Nizar wajar kekal ketua pembangkang Perak

PADANG RENGAS – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin layak menjadi Ketua Pembangkang bagi Dun Perak dan tiada keperluan meminta beliau melepaskan jawatannya itu.

Bekas Pengerusi Ketua Kampung PR Perak, Mohd Ridzuan Asit berkata, Nizar layak memegang jawatan tersebut berdasarkan pengalaman dan kualiti kepimpinannya.

Menurutnya, undi popular PR di Perak juga meningkat hampir mencecah 55 peratus dan ia petunjuk bahawa parti itu semakin kukuh di bawah Adun Changkat Jering berkenaan.

“Atas alasan itu juga, Datuk Seri Nizar layak menyandang jawatan Ketua Pembangkang di Dun Perak sebagai menghormati mandat yang diberikan pengundi di Perak.

“Malah, Adun-Adun DAP dan PKR juga telah membuat keputusan menyokong Datuk Seri Nizar atas asas ketokohan dan pengalaman beliau. Jadi, saya fikir beliau perlu terus dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang enggan Nizar menjadi ketua pembangkang Perak dianggap kurang bijak dan tidak matang dalam berpolitik.

“Kuasa menentukan siapa yang layak dipilih sebagai ketua pembangkang terletak kepada Adun dan Speaker Dewan, bukan dipertimbangkan daripada sudut kepartian.

“Menurut Fasal 72 Perlembagaan Persekutuan, apa-apa prosiding yang dilakukan dalam sidang Dun tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

“Ini bermaksud Dun Perak mempunyai kekebalan membuat keputusan atas apa juga tajuk yang diberikan di dalam senarai kuasa negeri di bawah Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");