Perak Hari Ini

Orang Ramai Beratur Panjang Dapatkan Cofeeking Est 2015

PERAKTODAY1

 

IPOH: Orang ramai sanggup beratur panjang sejak daripada pukul 4 petang lagi bagi mendapatkan pelbagai perisa air kopi kesukaan mereka daripada Cofeeking Est 2015.

PERAKTODAY7

Lokasinya di Bazar Ramadhan Taman Cempaka dekat sini Cofeeking Est 2015 ternyata berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk merasai sendiri keunikan air kopi buatannya.

Anak muda dikenali sebagai Mohd Syafiq iaitu pengusaha Cofeeking Est 2015 berkata sambutan cukup menggalakkan dan tiga perisa iaitu coco, green tea dan kopi adalah yang paling menjadi kesukaan pelanggan.

PERAKTODAY5

Operasi yang dijalankan sejak awal tahun ini cukup mendapat sambutan yang menggalakkan dan kini Cofeeking Est 2015 mempunyai dua cawangan di Meruraya berhampiran Restoran Mecca Towers dan  Taman Cempaka.

PERAKTODAY4

Harga berpatutan iaitu RM5.00 secawan dengan saiz yang besar dan rasa yang sedap pastinya mampu menarik minat orang ramai mendapatkannya.

Menurut pengunjung yang ditemui dan ingin dikenali sebagai Zalfayacob beratur selama 30 minit tidak merugikan apabila berpeluang mendapatkan kopi yang sedap dengan harga yang cukup berpatutan.

PERAKTODAY1

“Saiznya besar harga cuma RM5.00 dan paling penting sedap pastinya tidak rugi beratur panjang,” katanya.

Menurut Amira pula, harga dan kuantitinya cukup berpatutan ternyata berbaloi ditambah pula rasa yang cukup sedap.

PERAKTODAY6

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");