Membawang Hari Ini

Penyanyi luka terkena kipas drone

PENYANYI popular, Enrique Iglesias luka di jari selepas terkena bilah kipas sebuah drone ketika mengadakan sebuah konsert di Tijuana, Mexico, kelmarin.

Menurut laporan AP, Iglesias, 40 selamat menjalani sebuah pembedahan akibat dari kejadian tersebut, semalam.

“Terima kasih kerana mengambil berat dan ucapan. Iglesias akan meneruskan siri jelajah konsert beliau pada 3 Julai di Mexico City,” kata sebuah kenyataan melalui wakil beliau.

Dalam kejadian tersebut, Iglesias bertindak memegang dron yang merakam aksi beliau di atas pentas sebagai sebuah gimik.

Walau bagaimanapun, bilah kipas dron mengenai jari Iglesias dan beliau mendapatkan rawatan kecil di tepi pentas dan kemudian meneruskan persembahan selama 30 minit.

Foto-foto Iglesias melukis lambang ‘hati’ di bajunya dengan darah akibat luka berkenaan juga tersebar di laman sosial.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");