Sukan Hari Ini

Presiden FIFA: Sepp Blatter digesa pertahan keputusan letak jawatan

ZURICH, 29 Jun:-therakyatpost.com

Sepp Blatter digesa untuk berpegang kepada keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai presiden badan induk bola sepak dunia, FIFA lapor portal BBC.

Blatter mengumumkan pada 2 Jun bahawa beliau akan meletak jawatan pada kongres luar biasa antara Disember dan Mac.
Bagaimanapun, beliau yang berusia 79 tahun itu berkata tidak akan meletakkan jawatan dan memikirkan untuk mempertimbangkannya semula.

“Saya menyeru kepada semua pihak, termasuk Blatter untuk menyokong bagi kepentingan pembaharuan tegas perubahan yang diumumkan di kepemimpinan tertinggi FIFA,” kata pengerusi bebas jawatankuasa audit dan pematuhan FIFA, Domenico Scala.

Dua siasatan jenayah ke dalam dakwaan rasuah FIFA bermula pada minggu Blatter dipilih semula untuk penggal kelima, dengan tujuh pegawai FIFA ditangkap atas tuduhan menerima rasuah.

Empat hari selepas pilihan raya semula beliau, Blatter yang dilaporkan dalam siasatan di Amerika Syarikat berkata, “Walaupun saya mempunyai mandat dari keanggotaan FIFA, saya tidak merasakan bahawa saya mempunyai mandat dari seluruh dunia bola sepak.

“Oleh itu, saya telah memutuskan untuk meletakkan mandat saya pada kongres elektif luar biasa. Saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai presiden FIFA sehingga pilihan raya itu.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");