Laporan Eksklusif

Saya Hanya Bersenjatakan Kamera- Wartawan NST

KUALA LUMPUR :Catatan seorang wartawan yang memenangi anugerah Kajai baru-baru ini  menceritakan perihal pengalamannya serta situasi berhampiran Pangkalan Tentera Udara (TUDM) Teluk Air Tawar, Butterworth, Penang yang ternyata punyai cerita tersendiri.

Catatan yang bertajuk, Alhamdulillah, saya hanya bersenjatakan kamera …oleh Farraz Naz Karim menceritakan keadaan pangkalan yang berhadapan pelbagai unsur pencerobohan yang mudah untuk dilakukan oleh pelbagai pihak berkepentingan berikutan pelbagai faktor antaranya seperti pembangunan pesat di kawasan sekitar.

Memetik sumber penulisannya di laman NST….Adakah anda sedari ketika anda berada di landasan selepas menguruskan urusan pagi, dan berdiri sama paras dengan saya…saya sebenarnya boleh nampak daripada koptik tapi dimana kamu? …saya tidak nampak.

Selepas bersahur, situasi yang saya alami dengan sekumpulan juruterbang penyerang bertempat di sebuah lokasi paling startegik di negara kita dan keadaan bertukar menjadi tegang.

Awal pagi, saya telah memerhati satu tempat dikawasan projek perumahan berhadapan dengan pangkalan tersebut dan daripada balai peninjau, saya memerhati jet pejuang ini terbang dan mendarat saya boleh mengenal pasti jenis mereka, ….berapa ramai yang boleh membentuk formasi ..semasa mereka mengangkut senjata …. adakah mereka faham mengenai posisi di udara kemudian untuk mendarat dan menjalankan misi serta serangan maritim.

“Adakah mereka membawa bekalan tambahan dan juga maklumat yang sangat penting bagi kuasa asing ataupun organisasi pengganas yang berminat untuk melakukan keganasan.

“Sehari sebelum itu, saya nampak lagi satu kawasan dibahagian tepi landasan yang membolehkan saya melihat dengan jelas daripada menara kawalan dan tempat menyimpan kapal terbang iaitu terdapat tiga buah Hornets dan empat buah Howks di dalamnya dan dibahagian luarnya terdapat dua buah kapal terbang tentera udara Australia serta tempat menyimpan minyak dan kawasan pelupusan.

“Saya membawa senjata iaitu sebuah kamera jenis yang sangat canggih, dan ia merupakan satu peralatan yang selalu dibawa oleh pengganas yang dipanggil sebagai alat mudah alih untuk sistem pertahanan,” catatnya lagi.

Jumlah kerosakan yang besar boleh dilakukan oleh kumpulan saya dan saya boleh membuat jangkaan hanya dengan tempoh masa sehingga tengah hari sahaja ianya boleh melakukan kemusnahan yang tidak disangka.

“Pembangunan yang giat dibangunkan di sekeliling TUDM Air  Tawar Butterworth tidak lepas daripada perhatian mereka ini.

“Siapa sahaja boleh melakukan serangan, ia sudah menjadi kebimbangan kami buat seketika ancaman terhadap pangkalan ini adalah benar tetapi kami adalah tentera-tentera,” katanya.

Gumps merupakan satu panggilan buat pemberita untuk merujuk kepada juruterbang yang memakainya dan mereka kelihatan mulai risau atau sangsi terhadap pemberita tersebut jelas ditunjukkan pada wajah mereka.

“Tiba-tiba keluar pula sebuah kamera yang telah digunakan dua hari yang lepas untuk merakam imej sensitif bagi kawasan yang dikawal ketat tersebut dan gambar itu tidak sepatutnya berada ditangan orang awam.

“Mereka memandang dengan senyap dan memerhatikan keadaan dengan pengetahuan yang sangat cetek mengenai keselamatan dan pertahanan yang akan dipertikaikan iaitu lokasi meletakkan aset yang startegik dan target yang bernilai tinggi,” katanya.

…Ini termasuklah susunan jet pejuang yang telah disediakan untuk menghalau kapal-terbang yang berlegar di udara di negara kita dan kapal terbang yang digunakan untuk mementang pencerobohan asing di Sabah dalam tahun 2013.

Kumpulan  The News Straits Times (NST) juga berjaya melepasi penilaian pangkalan dan mendapati dua bangunan perumahan yang sangat besar cukup berdekatan dengan pangkalan udara yang turut menawarkan ruangan meninjau dan dijadikan tapak untuk serangan.

“Semasa pembinaan kawasan tersebut yang sudah 70 peratus siap dan kumpulan tersebut telah berjaya berada di kawasan paling tinggi dengan pemandangan daripada bilik air ruang tersebut sangat tidak disangka.

“Jika pembeli merupakan seorang yang mementingkan keselamatan dan didiami oleh mereka yang sebenarnya adalah agen asing bertujuan untuk memerhati aset dan juga boleh menjual maklumat tentera Malaysia dengan bayaran jutaan ringgit tanpa berfikir panjang,” katanya.

“Di kawasan projek kedua pagarnya hanya beberapa inci daripada kawasan pangkalan anda tidak perlu melompat dengan tinggi untuk memasuki kawasan tersebut kerana tanda peringatan telah ditanggalkan juga,” katanya,

Pada waktu malam yang gelap pula kebanyakan individu sekitarnya juga boleh ‘mensabotaj’dengan mencampakkan bahan letupan dan melarikan diri dengan segera juga merosakkan kemudahan di kawasan tersebut.

Kawasan tersebut sangat terdedah kepada pemerhatian umum dan Kem Butterworth sebenarnya digunakan sebagai tempat latihan dan juga pelaksanaan misi selain daripada menjadi lokasi kepada pelaksanaan program tentera udara daripada Amerika Syarikat USA yang membawa jet pejuang mereka paling canggih.

Setahun kemudian Tentera USA meninggalkan pangkalan tersebut dan diteruskan oleh pasukan  TUDM, walaupun lokasi tersebut di gunakan selama 40 tahun dan setakat ini tiada kes tiada pencerobohan dilaporkan namun ianya tetap menimbulkan keraguan mengenai tahap rahsia kawasan  tersebut mampu untuk dikekalkan sehingga kini atau tidak…tapi untuk berapa lama lagi?.

Kementerian Dalam Negeri juga telah memberi amaran bahawa kem tentera itu juga dipercayai menjadi antara sasaran militan Negara Islam yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Jelas penulis lagi, tidak lama selepas serangan keatas Sabah berlaku dan serangan telah dijalankan pula di pangkalan TUDM Labuan.

Suspek yang dikatakan berketurunan Suluk ingin menghantar mesej kepada pertahanan tentera Malaysia bahawa jika mereka ingin melakukannya mereka akan melakukannya.

Insiden tersebut membawa kepada penutupan pangkalan tersebut yang kini hanya menempatkan para jurutera sahaja…namun  serangan itu masih boleh berlaku lagi…

Foto-nst

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");