Isu Panas

Tangguh pemilihan: Dua biro Umno adakan mesyuarat

KUALA LUMPUR – Biro Perlembagaan dan Perundangan Umno? dijangka mengadakan mesyuarat dalam dua hari lagi bagi membincangkan penangguhan pemilihan Umno pada tahun hadapan selama 18 bulan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain itu mesyuarat berkenaan juga bakal membincangkan hala tuju serta bagaimana untuk memastikan proses perlembagaan dan pemilihan parti itu berjalan dengan lancar.

“Saya sebagai pengerusi biro agak lega kerana kita sekarang ni mempunyai masa untuk menambah baik pindaan perlembagaan Umno.

Rata-rata ramai yang mahukan ia ditangguh … selain itu, kita juga dapat menerima maklum balas daripada ahli kita sehingga ke akar umbi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi Umno menangguhkan pemilihan bagi mengukuhkan parti dan memberi keutamaan kepada perkhidmatannya untuk rakyat.

Beliau yang juga Presiden Umnoberkata, penangguhan itu dibuat mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");