Perak Hari Ini

219 Pelatih Tamat Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2015

TAIPING: Seramai 219 telah berjaya menamatkan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2015 pada hari ini.

Kursus yang berlangsung 15 minggu tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping di sini.

Menurut Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar, pelaksanaan kursus berkenaan merupakan sebagai salah satu langkah persediaan bagi mendepani segala cabaran bagi penjara pada masa hadapan.

PERAK TODAY 4

Katanya lagi, kursus yang melibatkan peringkat bawahan dan juga atasan merupakan antara wajib yang dilalui oleh pegawai baru yang berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia.

“Sebagai makluman, pada tahun 2014 dan 2015, seramai 1,201 pelatih berpangkat KX 17, KX 27 dan KX 41 telah menamatkan latihan asas pegawai penjara.

“Manakala dijangkakan 414 pengambilan baharu akan diisi dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2015 di sini, hari ini.

PERAK TODAY 5

Beliau berkata, kursus berkenaan juga merupakan persediaan kepada pengambilan pegawai penjara yang baharu yang mana ia turut bagi menjayakan visi jabatan berkenaan.

“Pengambilan kita sentiasa berterusan untuk memastikan kita memenuhi visi Jabatan Penjara iaitu menjadi peneraju perkhidmatan korektif dan untuk mengadakan keselamatan serta pemulihan bagi penghuni-penghuni.

“Selain itu, ia juga bagi memastikan Jabatan Penjara sentiasa optimis dalam membentuk nilai-nilai murni dan menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya kepada warga kerjanya,” tambah beliau lagi.

PERAK TODAY 7

Dalam pada itu, beliau berkata, melalui Program Pembangunan Sumber Manusia yang terancang dan berteraskan pembangunan kompetensi serta pembelajaran berterusan, pelbagai kursus telah dilaksanakan melibatkan keseluruhan anggota seramai 5,184 orang.

Ujarnya, usaha tersebut penting kerana kerjaya dan tanggungjawab yang dipikul oleh pegawai penjara amat besar termasuklah berhadapan dalam era dunia moden yang menyaksikan jenayah merentasi sempadan sehinggalah menyebabkan pegawai penjara terkena tempiasnya dan terpaksa menghadapi cabaran-cabaran baharu.

PERAK TODAY 3

“Pada masa kini, penjara Malaysia telah menahan pelbagai kategori banduan antaranya di bawah kesalahan Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA), Akta Pencegahan (POTA) dan juga tahanan kumpulan Negara Islam (IS).

“Pada hemat saya, menguruskan dan memulihkan mereka bukanlah satu perkara yang mudah jika kita tidak mempunyai persediaan yang secukupnya,” jelas beliau lagi.

Zulkifli juga yakin bahawa dengan usaha yang dilakukan dengan mewujudkan program latihan yang berterusan serta perkongsian maklumat, Jabatan Penjara Malaysia mampu untuk terus mampan bagi mengharungi segala cabaran yang mendatang.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");