Perak Hari Ini

649 Masjid Seluruh Perak Terima Sumbangan Kurma, Air Zam Zam

IPOH: Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini menyumbangkan buah kurma, kain pasang dan air zam-zam kepada 649 masjid di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata agihan tersebut diserahkan kepada kepada wakil-wakil UMNO Bahagian  untuk disalurkan kepada semua masjid.

PERAKTODAY

Majlis penyerahan telah disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertempat di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.

Beliau berkata biro kebajikan parti itu turut memberi sumbangan 40 helai tambahan kain pasang untuk digunakan para perwakilan pada persidangan UMNO kelak.

PERAKTODAY4

“Setiap masjid diperuntukkan 10 kilogram kurma dan 10 liter air zam-zam serta 15 helai kain pasang,” katanya.

Agihan tersebut bermula sejak 1 julai lalu kepada surau-surau dan masjid terpilih seluruh negara dan telah dilaksanakan sejak tiga tahun  yang lepas.

PERAKTODAY5

“Pengagihan juga diharapkan akan dilakukan dalam masa 48 jam atau tiga hari selepas sumbangan diterima pada hari ini ,” katanya.

Turut hadir, barisan exco kerajaan negeri dan orang ramai.

Sejurus selepas penyerahan sumbangan kesemua tetamu berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib dan terawih secara berjemaah.

PERAKTODAY3

Sumbangan buat sekolah tahfiz dan pusat jagaan anak yatim negeri yang terpilih juga turut disampaikan pihak kerajaan negeri sejurus selepas solat Terawih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");