Sukan Hari Ini

Azam alami cedera lutut

SKUAD Tok Gajah mungkin terpaksa melupakan khidmat pemain tengahnya, Nor Azam Azih hingga habis musim Liga Malaysia selepas pemain itu mengalami kecederaan lutut menyebabkan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Mendapat kecederaan ketika latihan bersama pasukan di sini baru-baru ini, pemain muda berusia 20 tahun itu terpaksa melupakan hasrat beraksi dalam saingan baki Liga Super dan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini.

Dimaklumkan perlu berehat hingga enam bulan, bekas pemain skuad Harimau Muda B itu memberitahu, kecederaan yang dialaminya mengundang rasa terkilan berikutan perlawanan liga berbaki tujuh perlawanan yang terpaksa dilupakan.

Mendapat perhatian sejak awal musim ini apabila menyarung jersi Pahang, kelibat pemain tengah itu mula menjadi perbualan peminat bola sepak tempatan biarpun masih muda dan baru bersama skuad kendalian Zainal Abidin Hassan.

“Memang sedih dan hampa namun saya terpaksa akur tidak dapat turun beraksi membantu pasukan.

“Siapa tak kecewa kerana banyak yang ingin saya lakukan dan buktikan tapi saya redha dengan situasi kali ini tidak memihak saya,” katanya.

Menurutnya, dia mengharapkan rakan sepasukan dapat meneruskan baki perlawanan dan memastikan kejayaan menjadi milik mereka terutamanya dalam misi memburu gelaran juara liga musim ini.

Mendoakan kejayaan Pahang, Azam yakin hasrat pasukan itu yang akan berdepan Sime Darby di Stadium Selayang pada Sabtu ini untuk pulang dengan tiga mata bakal dicapai bagi menjarakkan kedudukan Tok Gajah antara pasukan lain.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");