Sukan Hari Ini

Beregu wanita negara bebas tekanan

PEMAIN beregu wanita negara, Vivian Hoo tidak mahu memikirkan mengenai undian sukar yang menanti mereka pada Kejohanan Badminton Dunia 2015 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula 10 hingga 16 Ogos depan.

Ini kerana Vivian mahu memastikan dia dan pasangannya, Woon Khe Wei bebas daripada sebarang tekanan menjelang kejohanan tersebut.

Oleh itu, Vivian berpendapat adalah lebih baik untuk dia mempersiapkan dirinya daripada memikirkan lawan di setiap pusingan.

“Saya menerima undian berkenaan dengan hati terbuka, suka atau pun tidak, kami harus berdepan lawan sukar di pusingan awal. Sekarang ini kami mempunyai tempoh seminggu untuk mempersiapkan diri.

“Perkara paling utama adalah bersiap sedia untuk corak permainan mantap berdasarkan lawan bakal ditemui nanti,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan undian dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin, pasangan yang berada di ranking ke-11 dunia itu bakal beregu-beregu yang konsisten sebaik sahaja memulakan kejohanan pada pusingan kedua.

Walaupun mendapat bye pada pusingan pertama kejohanan, namun laluan sukar tetap menanti di pusingan kedua apabila bertemu lawan dari Jepun, Naoko Fukuman-Kurumi Yonao.

Bagaimanapun, jika mereka berjaya menewaskan pasangan Jepun itu, pasangan kembar China, Luo Ying-Luo Yu yang kini berada di ranking kedua dunia pula akan menjadi halangan besar untuk Vivian-Khe Wei mara ke pusingan ketiga.

Vivian berkata, persiapan yang rapi perlu dilakukan apabila menentang Fukuman-Yonao kerana pasangan itu pernah menewaskan mereka di Terbuka Malaysia, Januari lalu.

“Mereka menewaskan kami dalam pusingan kedua dan kini kami perlu lebih bersedia untuk menghadapi mereka jika bertemu lagi di Jakarta.

“Perkara pertama yang perlu kami baiki ketika ini adalah meningkatkan tahap kecergasan kami agar dapat menghadapi kejohanan kali ini dengan lebih baik,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");