Sukan Hari Ini

Bologna turut minat sambar Balotelli dari Liverpool

LONDON: Kelab Itali, Bologna kini turut menyatakan minat untuk mendapatkan penyerang Liverpool, Mario Balotelli.

Sebelum ini, sebuah lagi kelab Serie A, Sampdoria menyatakan minat sama ke atas pemain yang berdepan masalah di Anfield itu.

Balotelli menyertai skuad The Reds daripada AC Milan pada musim panas lalu, dengan nilai STG16 juta (RM95.2 juta), tetapi bergelut untuk menyesuaikan diri dengan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 24 tahun itu hanya menjaringkan satu gol daripada 16 penampilan di bawah kendalian Brendan Rodgers pada musim lalu, yang sekali gus memaksa pengendali berkenaan mencari jalan untuk mengukuhkan barisan depannya.

Setakat ini, Rodgers sudah pun membeli Christian Benteke, Roberto Firmino dan Danny Ings sepanjang tempoh perpindahan baru-baru ini.

Liverpool dikatakan meminta bayaran sebanyak STG7 juta (RM41.6 juta) untuk menjual penyerang ini, dan setakat ini, harapan Baloteli untuk kekal di Anfield nampak kian tipis. – AGENSI

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");