Perak Hari Ini

BTN Tepis Dakwaan Wujudkan Perkauman & Perpecahan

TAIPING: Biro Tata Negara (BTN) menafikan dakwaan daripada beberapa pihak yang menyifatkan jabatan tersebut digunakan sebagai lokasi bagi mewujudkan semangat perkauman dan perpecahan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, pihaknya tidak boleh lagi berselindung dan mendiamkan diri dengan dakwaan-dakwaan yang dilemparkan.

“Kita (BTN) sering dituduh dengan pelbagai perkara seolah-olah BTN ini adalah tempat untuk mewujudkan semangat perkauman, tempat mewujudkan perpecahan dan kita tak boleh berselindung dengan mendiamkan diri.

“Kerana saya yakin, mereka yang menimbulkan perkara-perkara ini adalah mereka yang tidak pernah datang ke kursus-kursus yang kita anjurkan,”katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Kepimpinan Biro Tatanegara Malaysia, di sini, malam tadi.

PERAK TODAY 2

Beliau turut menegaskan, BTN diwujudkan adalah untuk menerapkan tahap kasih sayang rakyat Malaysia kepada Negara dengan mewujudkan semangat patriotisme, menghormati lambang-lambang Negara dan juga undang-undang Negara.

Beliau turut menggesa supaya pihak yang mendakwa BTN adalah tempat untuk mewujudkan semangat perkauman dan perpecahan menunjukkan bukti bahawa Jabatan itu telah melahirkan kumpulan seperti yang didakwa.

“Kalau betul kita jadi punca kepada perkara-perkara yang disebut itu, tunjukkanlah ektremis-ekstremis atau yang terlibat dalam Islamic States (IS), atau penjenayah yang selepas mereka menghadiri kursus BTN.

“Janganlah kita menyerang institusi-institusi yang ada hanya kerana politik semata-mata,”katanya.

PERAK TODAY 3

Razali turut berkata, sehingga kini, BTN hanya boleh menampung seramai 10,000 peserta sahaja dalam sebulan disebabkan kekurangan peruntukan.

“Dengan dana yang kita ada, kita tak boleh menerima dalam jumlah yang besar. Tetapi kita ada melakukan perbincangan macam mana kita boleh kembangkan kepada kumpulan-kumpulan dan sektor-sektor lain.

“Sebab itu, kita dekati pemimpin-pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin mahasiswa dan sebagainya supaya mereka dapat sampaikan kepada lebih ramai orang di luar sana,”katanya.

PERAK TODAY 1

Menurutnya lagi, modul yang digunakan di BTN juga sering ditambahbaik supaya ianya bersesuaian dengan kehendak rakyat.

“Kita buat penilaian setengah tahun…ini antara penilaian-penilaian untuk kita menambahbaik modul kita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");