Jenayah

Bunuh, Buang

Kajang: Seorang lelaki dibunuh kejam apabila lehernya dijerut dengan tali hingga mati sebelum mayat mangsa dicampak pembunuh ke dalam sungai.

Mayat mangsa berusia 30-an itu bagaimanapun ditemui orang awam berhampiran padang bola Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 4.45 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mayat lelaki dipercayai warga Indonesia itu dijumpai di dalam sungai dalam keadaan tubuhnya hampir reput.

Menurutnya, orang awam kemudian segera menghubungi Balai Polis Bandar Baru Bangi bagi memaklumkan kejadian itu sebelum pihak Bomba dan Penyelamat Bangi membawa naik mayat mangsa ke tebing sungai.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan memakai kemeja berbelang hijau. Polis menemui kad pengenalan warga Indonesia dengan nama Fatim Taufik pada mayat mangsa.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui tali digunakan untuk menjerut leher mangsa sepanjang 150 sentimeter,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah Kajang di sini, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");