Jenayah

Campak bungkusan panik dikejar polis

Dua penjenayah yang panik dikejar anggota polis sempat mencampakkan bungkusan berisi dadah bagi melupuskan bukti jenayah dilakukan.

Dalam kejadian jam 3.40 pagi kelmarin, dua suspek lelaki berusia 33 tahun cuba melarikan diri menaiki motosikal sejurus cuba ditahan polis berhampiran Jalan SS17/2.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek dilihat sempat membaling satu bungkusan putih ke tepi jalan ketika dikejar polis.

Menurutnya, suspek bagaimanapun berjaya ditahan polis di Jalan Subang Utama.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");