Isu Panas

“Dakwaan Ke Atas PM Seperti Dibuat-buat” – Haron Din

PETALING JAYA: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berharap dakwaan mengenai dana 1Malaysia Development Berhad(1MDB) yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu terbukti tidak benar demi untuk kepentingan negara.

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar, ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan melemahkan lagi ekonomi negara.

Pemimpin PAS itu memberi respon demikian sebagai reaksi kepada artikel yang tersiar di dalam akhbar The Wall Street Journal(WJS) dan Sarawak Report Jumaat lepas yang mendakwa bahawa dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah disalurkan kepada akaun peribadi Najib.

Haron Din bagaimanapun berkata, dakwaan artikel itu seperti dibuat-buat.

“Sukar untuk dipercayai bahawa seseorang telah memindahkan dana awam ke dalam akaun peribadi.

“Jika seseorang itu mahu menipu, mereka akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun rahsia,” kata beliau sambil menambah bahawa ia tindakan yang salah untuk mengaitkan seseorang tanpa bukti kukuh.

Haron Din bagaimanapun menambah bahawa perkara itu tidak boleh dipandang ringan sekiranya terdapat beberapa bukti asas kepada dakwaan itu.

“Buat masa ini, kita harus menunggu pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan,” katanya lagi.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");