Sukan Hari Ini

De Gea Terpaksa Pulang Ke Manchester

DAVID De Gea mengakui akan kembali menjalani latihan pramusim bersama Manchester United selepas tamat bercuti di Madrid.

Pemain Sepanyol itu sebelum ini menjangkakan akan menyertai Real Madrid sebaik sahaja tamat percutian sehingga memberitahu rakan sepasukan mengenai keinginan itu.

Penjaga gol nombor satu United itu pada musim lalu menolak tawaran gaji setinggi £200,000 seminggu selain tidak mahu lagi ke Manchester selepas pulang bercuti.

“Real Madrid? Saya perlu pulang ke Manchester untuk latihan pramusim,” katanya kepada Akhbar Sepayol.

Dalam pada itu pengendali United, Louis Van Gaal dilapor akan mengadakan pertemuan dengan De Gea bagi membincangkan jalan penyelesaian.

De Gea kini hanya mempunyai baki kontrak selama setahun di United dan dijangka akan meninggalkan kelab itu secara percuma pada tahun depan jika Old Trafford tidak menjualnya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");